Search This Blog

Pages

Monday, November 19, 2012

Car engine cutaways



Automotive engine and car motor stock images by S@iF



4-Cylinder Car Engine

Cutaway of inline DOHC Gasoline Car Motor



cutaway-hybrid-car-engine




Saturday, November 17, 2012

FAHAMI KOD PADA TAYAR KERETA






APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakansudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru.Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perludiberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengankenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kodpenting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayarmempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dantahun keluarannya.Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yangsesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah denganmemilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.



Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod
nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan
dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.
Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan
jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada
kenderaan.
- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi
tayar contohnya - 175/70R13 82H.
Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam
milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar
nilai angka ini lebih lebar tayar itu.
Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar
berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran
tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai
tayar profil rendah.Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus
walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar
kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.
Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar
dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu
menukar rim kepada diameter yang sama.
Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk
mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu
merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang
ditetapkan di peringkat antarabangsa.Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg.
Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali
untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh:
475 x 4 = 1,900kg)Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh
mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang olehsetiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan
digunakan.

Ringkasannya, kalo nak beli tayar biasa orang tengok 2 kod nie...
contoh kod ----- 175/70R13 82H
175 - lebar tayar
70 - saiz ketebalan tayar (biasa tengok yang tayar nipis dan tebal,kan?)
R - kod radial tayar (kalo yang nie putur,meletup la tayar anda atau benjol a.k.a. gelembung)
13 - saiz rim 
82 - Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar
H - kelajuan maksima untuk tayar nie
contoh kod ----- 2206 
22 - minggu ke 22 
06 - tahun tayar dikilangkan 2006

Monday, October 29, 2012

Monday, May 3, 2010

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Alhamdulillah... aku terus dikurniakan nyawa untuk beberapa ketika lagi oleh Maha Pencipta dan Maha Pemurah, agar terus dapat bersama menyaksikan hidup dan kehidupan alam fana ini. Syukur tak terhingga, kerana dari ke hari ke sehari hidup dan kehidupan aku terus saja dihiasi dengan kehadiranmu wahai sahabat-sahabatku. Moga aku tak akan pernah lupa dengan segala yang diletakkan di bahu ini. Bukan layak dipanggil bebanan walaupun beratnya tak dapat kugambarkan. Bukan pula sebagai suatu deraan walaupun ada kala kurasa segalanya cukup menekan. Syukur kepada-Mu Tuhan, kerana memberi aku sejumlah dugaan, yang akan sentiasa mengingatkan aku kepada kebesaran-Mu... “Salam sejahtera saudaraku tersayang, siapakah engkau sebenarnya hingga ingin mendapatkan dari saudaramu yang menghuni dunia ini. Apa yang engkau inginkan? Pertahankan sebahagian kemampuanmu yang di perlukan oleh orang lain agar kamu tidak membosankan setiap orang yang tidak dapat engkau berikan kepadanya semua kemampuanmu”. “Manusia dan dunia ini pasti mempunyai kekurangan yang tak sedap di pandang mata atau kelemahan yang mencemari kemulusannya. Tidaklah adil jika engkau menginginkan teman yang bersih di dunia ini sedangkan engkau sendiri tidak bersih”. “Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, kamu menjadi jauh dari seseorang yang pernah kamu puji latar belakangnya, yang pernah kamu terima kehidupannya, yang pernah kamu ketahui kemuliaannya, dan yang pernah kamu ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pula pernah melakukan suatu kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya, pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif, dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan juga penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan”. “Tiada seorang pun yang dapat memuaskan semua karakternya. Cukuplah bijak bagi seseorang bila dia mahu menghisab kelemahan-kelemahan dirinya”. “Seseorang tidak akan gagal selagi ia serius berusaha. Segala urusan yang sulit atau yang remeh dapat ditangani dengan baik. Orang yang memiliki prinsip adalah orang yang tidak hanya menerima perintah namun ia punya orentasi sendiri dan memiliki visi yang jelas. Itulah orang pilihan yang hidup bukan sebagai pecundang. Meskipun kesempatan telah tertutup baginya semangat di dalam dada akan tetap terus berkobar”. >>>>>Aku nak cari kegembiraan, kebahagiaan, dan masa depan sendiri... jadi manusia tak semestinya kene ikut jalan atau kata orang lain.. yang penting adalah perasaan sendiri. mungkin hari nie bernasib malang tapi jangan sesekali putus asa untuk hari esok. nakkan esok jadi menarik?! kita sendirilah kene berusaha untuk terus hidup.. kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri...>>>>>whatever life shall bring your level the best everyday.. >>>>>percayalah akan tiba harinya dimana impian akan menjadi KENYATAAN!. setiap orang ada langkah masing-masing. hari-hari yang berlalu akan terus kekal sebagai memori... dengan memori ini, kita akan belajar menghargai apa yang telah kita miliki untuk kita terus dewasa.. selagi jantung ini terus berdegup, mimpi, persahabatan, keberanian dan segala-galanya! akan terus diabadikan dalam jiwa ini untuk SELAMANYA...>>>>>semua orang hidup dengan pengetahuan dan kesedaran mereka.. itu dipanggil realiti. tapi pengetahuan dan kesedaran amatlah pudar dan mungkin sekali lebih baik dipanggil fantasi. semua orang hidup didalam pendapat mereka yang tersendiri.>>>>>so ape pendapat korang tentang KEHIDUPAN??